
Adalah telah maklum kepada umum bahawa ada pihak dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang telah menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu yang dinamakan "Alkitab". Oleh itu risalah ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada pihak yang berkenaan bahawa tuntutan hak menggunakan nama Allah ini akan menimbulkan risiko persilihan faham yang boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia, kerana kesucian Tauhid yang menjadi asas akidah umat Islam telah dicemari oleh konsep ketuhanan Triniti yang berbentuk syirik. Hal ini boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam.
Kebimbangan umat Islam terhadap kemungkinan berlaku perbuatan mencemari kesucian Tauhid adalah berpunca daripada kecelaruan konsep antara Tauhid dan syirik yang terdapat dalam "Alkitab" dimana nama Allah telah digunakan. Umat Islam perlu arif mengenai perkara ini supaya tidak akan terpedaya dengan pelbagai dakyah dari mereka yang menuntut hak untuk menggunakan nama Allah tetapi dalam masa yang sama mereka membawa konsep ketuhanan yang bercelaru antara kebenaran Tauhid dan kepalsuan Triniti yang didakyahkan bagi mengelirukan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam adalah berhak mempertahankan kesucian Tauhid dengan pendirian bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak disekutukan.
No comments:
Post a Comment