Pages

Thursday, January 7, 2010

Remaja semakin Terancam???!!!







Hati siapa yang tidak bimbang apabila membaca laporan akhbar yang menyentuh keselamayan anak remaja hari ini. Kejadian rogol, culik, ragut, lari dari umah dan bunuh diri yang menimpa remaja adalah sebahagian berita kurang enak yang sama-sama menggusarkan hati golongan dewasa terutama ibu bapa.


Persekitaran dan kehidupan hari ini mendedahkan remaja kepada banyak risiko. Jangan kata di luar rumah, di dalam rumah juga mereka tidak terhindar daripada bahaya yang tidak nampak, seperti laman pornografi di Internet atau filem aksi yang saban hari ditonton oleh remaja di kaca televisyen.

Dalam usia remaja yang masih mentah, kebanyakan mereka masih dangkal mengenai cara mempertahankan diri. Kerana kurang pengalaman dan pendedahan dalam pergaulan, mereka juga cepat terpedaya oleh kebaikan dan mulut manis orang yang tidak dikenali atau yang baru dikenali. Kadangkala rakan sebaya turut membawa pengaruh negatif yang dapat menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman bahaya.



ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH


Adalah telah maklum kepada umum bahawa ada pihak dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang telah menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu yang dinamakan "Alkitab". Oleh itu risalah ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada pihak yang berkenaan bahawa tuntutan hak menggunakan nama Allah ini akan menimbulkan risiko persilihan faham yang boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia, kerana kesucian Tauhid yang menjadi asas akidah umat Islam telah dicemari oleh konsep ketuhanan Triniti yang berbentuk syirik. Hal ini boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam.


Kebimbangan umat Islam terhadap kemungkinan berlaku perbuatan mencemari kesucian Tauhid adalah berpunca daripada kecelaruan konsep antara Tauhid dan syirik yang terdapat dalam "Alkitab" dimana nama Allah telah digunakan. Umat Islam perlu arif mengenai perkara ini supaya tidak akan terpedaya dengan pelbagai dakyah dari mereka yang menuntut hak untuk menggunakan nama Allah tetapi dalam masa yang sama mereka membawa konsep ketuhanan yang bercelaru antara kebenaran Tauhid dan kepalsuan Triniti yang didakyahkan bagi mengelirukan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam adalah berhak mempertahankan kesucian Tauhid dengan pendirian bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak disekutukan.