Pages

Friday, December 31, 2010

best ke???


Bagaimana dengan sambutan new year kat Batu Pahat..best atau tak???
Sambut New Year ni masing-masing ada pendapat masing-masing.ada yang kata untuk suka-suka. Ada yang kata bukan budaya kita.Tterpulang pada pendirian masing-masing. Tapi bagi aku sambut New Year ni tak salah cuma kita perlu tahu apa batasannya kita sebagai orang Islam. Nak countdown terjerit pekik boleh je..no hal la.. aku just nak share pengalaman aku sambut New Year kat BP.

Mula-mula rancangnya nak pusing-pusing je duduk dalam kereta tengok dari jauh ape yang best kat dataran. bila sampai kat sana aku tengok ramai sesangat manusia. then aku memutuskan untuk menjoin lautan manusia kat dataran BP tu. cari parking hampir setengah jam..rezki aku dapat la parking kat depan car wash..

Dengan bergegasnya aku berjalan sebab lagi 10 minit nak pukul 12. apa yang aku fikir cuma nak tengok ape yang best je..
Dekat sana MPBP ada sediakan skrin besar untuk pengunjung di situ menonton. at that time diorang siarkan rancangan TV3 live dari i-city.(countdown kat i-city) korang tengok tak?
leka aku tengok gelagat orang kat sana, tiba masanya lagi 10 saat untuk ke pukul 12. so masing-masing kira. 10..9..8..7..6..5...4...3...2...1 !!! masing-masing tengok kat langit..
Nothing!!!!!!!!!!
Semua orang terdiam..ok fine..then aku hanya mampu tersenyum..selang beberapa saat, aku lihat dataran tadi yang sesak dengan manusia semakin berkurang. Rupa-rupanya semua sudah balik la...
So, kesimpulannya please jangan mengharapkan apa-apa lagi untuk celebrate New Year di Batu Pahat!!!
HAPPY NEW YEAR GUYS!!!
May Allah bless us to get a good life and become a useful human being!!!

Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru sahabatku=sepupuku (sambungan)

"heii!!" ku terjerit kuat.
Benarkah apa yang ku lihat. adakah aku bermimpi. Aku seperti tidak percaya apa yang ku lihat.
Apakah ketidak sedapan hati ku sebentar tadi membawa khabar ini. Aku benar-benar tidak percaya.
"Relax yam." Wahidah menenangkan diriku.
Sesampai saja di warung, aku terus bertanya soalan bertubi-tubi.
"sebab itu la aku boleh 'couple' dengan abang sepupu kau". Wahidah mengakhiri segala teka-teki ku.
Sekarang barulah aku faham. Bukan Wahidah yang mahukan perpisahan bersama bekas kekasihnya. Kecurangan sang jejaka itulah yang membawa Wahidah membuat keputusan seperti ini.
Tanggal 24hb Julai Wahidah sah menjadi hak milik Mohd Azraie dan sah menjadi sepupuku.

Sekian~

Friday, November 26, 2010

Selamat Pengantin Baru sahabatku=sepupuku

"yam jom kita jumpa" sahabatku megajakku keluar.
"nak pegi mana?" tanyaku.
"jom la pegi minum-minum. lagipun aku nak kenalkan kau dengan boyfriend baru aku". ajaknye lagi. dan akhirnya aku akur dengan ajakan sahabatku.
"aku ambil kau kat rumah lepas maghrib". pesannya lagi.
"tapi sebelum tu, aku kenal ke boyfriend kau".tanyaku inginkan kepastian.
"kau kenal punye". jawab sahabatku.
Aku menyiapkan diriku untuk keluar bersama sahabatku. usai solat maghrib aku menjenguk ke luar. takut-takut sahabatku sudah sampai. setelah siap mengenakan tudung bunyi hon kereta kedengaran di luar. sebelum itu aku meminta kebenaran ibuku untuk keluar.
tiba-tiba..jantungku berdetap laju. aku tidak tahu mengapa. aku malas ingin memikirkannya.
aku pergi mendapatkan sahabatku. aku lihat dia seorang sahaja yg ada dalam kereta.
Mana boyfriend yang dia nak kenalkan kepadaku. Mungkin jumpa kat kedai makan agaknya. Aku berkata sendirian.
apabila aku masuk ke dalam kereta sahabat ku..aku rasa seperti tak sedap hati. seperti ada orang dibelakangku.
aku beranikan diri untuk menoleh ke belakang..
Tiba-tiba aku menjerit."aarrrrggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!"

bERsambuNG...

Friday, March 26, 2010

Duit~


Duit!!!!!!!!!!!
ada orang kata duit itu tidak penting..kasih sayang lg penting...
itu kata-kata orang kaya...
tapi bagi yang tidak berduit..kalau xde duit memang tak boleh bahagia..
ari-ari gadoh sebab duit...
bini tinggalkan suami sebab suaminye tiada duit...
orang kaya yang dah banyak duit tu kata kasih sayang lagi penting sebab dorang sibuk cari kekayaan dunia hingga lupakan isteri dan anak di rumah...huh..macam-macam perihal manusia ni....
Kadang-kadang kita memang tak boleh nafikan duit itu memang penting. bila duit takde makan pun susah...nak beli keperluan pun susah..perlu seimbang antara keduanya...kasih sayang dan duit...
bila duit ada...kasih sayang pun cukup..bahagia hidup hendaknya..insyaAllah...
ape aku nak cite sebenarnye ni...aduss...yang penting kita kena ada duit la tiap masa....
aku update blog pasal cite duit ni sebab aku tengah takde duit...aduss bosannn......
nak shopping pown x boleh....
sape nak bagi aku duit ni....

Saturday, March 13, 2010


my friends...
there are like my sibling..
my housemate yg terlalu bising..kahkah...
kitorg suke karaoke..(bajet suara sedap)..bak kata min korok...
actually our voice is nice..kehkeh...
now...kitorg tgh gile makan nasi lemah dekat ngan jejantas bus stand or station bus...walaupown kakak yang buat nasi lemak tu kerek gile nak mamposss....lantak die la...janji nasi lemak yang die masak tu sedap...tapi ntah2 mak die yang kat rumah tu masak....lantak la...

tapi aku kat sini bukan nak cite pasal nasi lemak tuh..aku nak cite pasal kawan-kawan aku yang gile nih...
kitorang tiap malam kuar and balik pagi tapi setakat pukul 1 pukul 2 jek...bukan pegi mana pown...pegi melepak kat McD or mampley jew...kitorang tak wat benda yang tak senonoh...
tapi ada 1 tempat yang kitorang suke lalu...tempat mak nyah wat biznes...ehem2..paham2 je la....hihi.....kitorang nak sewa mak nyah tu gak..bukan gay2 kat luar sana jek...tp kitorang bertujuan lain..(niat murni la kononnye)..nak soh tolong basoh pinggan, basoh baju, kemas umah, lipat kain.itu jek...niat baik kan tuh....hahahahaaa.....

wokey la....aku nak siap2 kua makan..bye2..


(8.01pm)

Sunday, March 7, 2010

Definisi Cinta

cinta boleh didefinisikan dengan macam2 pandangan...ada yang kata cinta itu buta..ada yang cinta itu kawan..ada juga yang kata cinta itu subjektif..
tapi dari segi pandangan saya pula..cinta itu adalah kurniaan tuhan yang diberiAkan kepada setiap hambanya untuk merasai dan menilai..cinta yang kita rasai dalam hati kita,yang tidak boleh ditafsirkan dengan kata-kata..

seperti pengalaman aku...hurm...hubungan aku dan mohd shahrin sudah hampir 10 tahun...kitorang couple dari form 1.macam tak caye kan..tapi itu adalah realitinya...ramai yang cemburu tengok kitorang berdua..haish..
macam-macam dugaan yang kitorang lalui dan tempuhi..dugaan yang paling besar dan tidak dapat dilupakan sampai sekarang adalah kitorang difitnah..memang tak logik langsung.tapi sabar je lah kan..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

aku tak kata aku betul, tapi mungkin orang yang memfitnah kitorang ni tersilap pandang ataupun mereka cemburu tengok aku dan dia.macam-macam...walau apa pun time tu kitorang sabar dan sentiasa positivekan kepala otak masing-masing..ye la...mana bleh study beb..dalam kelas cikgu asik perli..sedih gak...aku tak tau pown apa aku buat sampai diorang nk fitanah aku ngan shahrin...sabo jek la...

bukti cinta aku dan dia hingga kini..gadoh-gadoh biasala...asam garam percintaan..tapi jujur aku katakan mohd shahrin adalah cinta tulus aku..haha...cam pelik jek bunyinya...aku bukan jenis jiwang and romantik..dia pown sama..kitorang tak reti nk luahkan cinta tu..so kitorang buat paham-paham jek la...dari dulu sampai sekarang...

family aku sume dah tahu. mak abah ok jek..tak kesah aku nak kawan ngan sape-sape..
walaupun aku ni suka main-main.kawan ngan mana-mana laki tapi hati aku cuma kat shahrin.pernah berangan jugak nak cari boyfriend laen.tapi tak sama la sifat yang aku nak pada sahrin da kat laki laen..kata akak aku.."cuba kau bagi peluang diri kau untuk mengenali lelaki lain dan bagi peluang lelaki lain untuk mengenali kau".huh akak aku tak paham..aku paling takut lelaki yang gatal.

kenapa ek...sebab bila aku kawan ngan ahahrin,,dia memang tak berani nak pegang tangan aku.. nape ek..sebab aku garang kot..aku yang mula2 pegang tangan dia..so aku ni gatal la..haha....

walaupun aku tak mengharapkan apa-apa pada hubungan kitorang..kalau ada jodoh kitorang kawen..tapi kalau takde aku redha..

ha sekarang dah faham ape makna cinta..korang pown bleh share kisah cinta korang gak...

Thursday, January 7, 2010

Remaja semakin Terancam???!!!







Hati siapa yang tidak bimbang apabila membaca laporan akhbar yang menyentuh keselamayan anak remaja hari ini. Kejadian rogol, culik, ragut, lari dari umah dan bunuh diri yang menimpa remaja adalah sebahagian berita kurang enak yang sama-sama menggusarkan hati golongan dewasa terutama ibu bapa.


Persekitaran dan kehidupan hari ini mendedahkan remaja kepada banyak risiko. Jangan kata di luar rumah, di dalam rumah juga mereka tidak terhindar daripada bahaya yang tidak nampak, seperti laman pornografi di Internet atau filem aksi yang saban hari ditonton oleh remaja di kaca televisyen.

Dalam usia remaja yang masih mentah, kebanyakan mereka masih dangkal mengenai cara mempertahankan diri. Kerana kurang pengalaman dan pendedahan dalam pergaulan, mereka juga cepat terpedaya oleh kebaikan dan mulut manis orang yang tidak dikenali atau yang baru dikenali. Kadangkala rakan sebaya turut membawa pengaruh negatif yang dapat menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman bahaya.



ISU LARANGAN GUNA NAMA ALLAH


Adalah telah maklum kepada umum bahawa ada pihak dari Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang telah menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu yang dinamakan "Alkitab". Oleh itu risalah ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada pihak yang berkenaan bahawa tuntutan hak menggunakan nama Allah ini akan menimbulkan risiko persilihan faham yang boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara majmuk seperti Malaysia, kerana kesucian Tauhid yang menjadi asas akidah umat Islam telah dicemari oleh konsep ketuhanan Triniti yang berbentuk syirik. Hal ini boleh menimbulkan keresahan kepada umat Islam.


Kebimbangan umat Islam terhadap kemungkinan berlaku perbuatan mencemari kesucian Tauhid adalah berpunca daripada kecelaruan konsep antara Tauhid dan syirik yang terdapat dalam "Alkitab" dimana nama Allah telah digunakan. Umat Islam perlu arif mengenai perkara ini supaya tidak akan terpedaya dengan pelbagai dakyah dari mereka yang menuntut hak untuk menggunakan nama Allah tetapi dalam masa yang sama mereka membawa konsep ketuhanan yang bercelaru antara kebenaran Tauhid dan kepalsuan Triniti yang didakyahkan bagi mengelirukan umat Islam. Dalam hal ini umat Islam adalah berhak mempertahankan kesucian Tauhid dengan pendirian bahawa Allah itu Maha Esa dan tidak disekutukan.