Pages

Friday, December 31, 2010

best ke???


Bagaimana dengan sambutan new year kat Batu Pahat..best atau tak???
Sambut New Year ni masing-masing ada pendapat masing-masing.ada yang kata untuk suka-suka. Ada yang kata bukan budaya kita.Tterpulang pada pendirian masing-masing. Tapi bagi aku sambut New Year ni tak salah cuma kita perlu tahu apa batasannya kita sebagai orang Islam. Nak countdown terjerit pekik boleh je..no hal la.. aku just nak share pengalaman aku sambut New Year kat BP.

Mula-mula rancangnya nak pusing-pusing je duduk dalam kereta tengok dari jauh ape yang best kat dataran. bila sampai kat sana aku tengok ramai sesangat manusia. then aku memutuskan untuk menjoin lautan manusia kat dataran BP tu. cari parking hampir setengah jam..rezki aku dapat la parking kat depan car wash..

Dengan bergegasnya aku berjalan sebab lagi 10 minit nak pukul 12. apa yang aku fikir cuma nak tengok ape yang best je..
Dekat sana MPBP ada sediakan skrin besar untuk pengunjung di situ menonton. at that time diorang siarkan rancangan TV3 live dari i-city.(countdown kat i-city) korang tengok tak?
leka aku tengok gelagat orang kat sana, tiba masanya lagi 10 saat untuk ke pukul 12. so masing-masing kira. 10..9..8..7..6..5...4...3...2...1 !!! masing-masing tengok kat langit..
Nothing!!!!!!!!!!
Semua orang terdiam..ok fine..then aku hanya mampu tersenyum..selang beberapa saat, aku lihat dataran tadi yang sesak dengan manusia semakin berkurang. Rupa-rupanya semua sudah balik la...
So, kesimpulannya please jangan mengharapkan apa-apa lagi untuk celebrate New Year di Batu Pahat!!!
HAPPY NEW YEAR GUYS!!!
May Allah bless us to get a good life and become a useful human being!!!

Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru sahabatku=sepupuku (sambungan)

"heii!!" ku terjerit kuat.
Benarkah apa yang ku lihat. adakah aku bermimpi. Aku seperti tidak percaya apa yang ku lihat.
Apakah ketidak sedapan hati ku sebentar tadi membawa khabar ini. Aku benar-benar tidak percaya.
"Relax yam." Wahidah menenangkan diriku.
Sesampai saja di warung, aku terus bertanya soalan bertubi-tubi.
"sebab itu la aku boleh 'couple' dengan abang sepupu kau". Wahidah mengakhiri segala teka-teki ku.
Sekarang barulah aku faham. Bukan Wahidah yang mahukan perpisahan bersama bekas kekasihnya. Kecurangan sang jejaka itulah yang membawa Wahidah membuat keputusan seperti ini.
Tanggal 24hb Julai Wahidah sah menjadi hak milik Mohd Azraie dan sah menjadi sepupuku.

Sekian~